Tentang i-SC@JERIS

Inventori Konsep Kendiri JERIS (i-SC@JERIS) merupakan instrumen psikometrik yang dibangunkan untuk mengukur tahap konsep kendiri individu secara holistik berdasarkan lima domain utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Pembangunannya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan insan secara menyeluruh dan bersepadu.

Struktur konstruk inventori disahkan melalui Analisis Faktor Penerokaan melibatkan 554 orang murid sekolah menengah, menghasilkan 42 item yang mewakili lima domain konsep kendiri JERIS.

Profil instrumen

Nama instrumen
Inventori Konsep Kendiri JERIS (i-SC@JERIS)
Bilangan domain
5
Bilangan item
42 item
Skala pengukuran
Skala Likert 4 mata
Sasaran responden
Murid sekolah menengah
Tempoh menjawab
30–40 minit
Tahun dibangunkan
2026
Kebolehpercayaan
Cronbach's Alpha = .951

Struktur konstruk

KonstrukItemBil.Skor maksimum
Jasmani1, 6, 11, 16, 21, 25, 29, 32, 35, 37, 39, 411248
Emosi2, 7, 12, 17416
Rohani3, 8, 13, 18, 22, 26, 30, 33, 36, 38, 40, 421248
Intelek4, 9, 14, 19, 23, 27, 31, 34832
Sosial5, 10, 15, 20, 24, 28624

Nota penting: Item 28 merupakan item negatif dan dipermarkahkan secara songsang (1→4, 2→3, 3→2, 4→1) sebelum pengiraan skor konstruk Sosial dilakukan.

Interpretasi skor keseluruhan

42 – 84

Rendah

85 – 126

Sederhana

127 – 168

Tinggi